PULAU TIOMAN, PAHANG

PULAU TIOMAN, PAHANG



Lokasi Pulau Tioman, Pahang 

Pulau Tioman ni adalah salah satu pulau yang menarik yang terletak di negeri Pahang. Pulau yang telah lama terkenal dan menjadi lokasi pecutian pelancong dari luar negara. Pulau Tioman terletak diantara sempadan negeri Pahang dan negeri Johor.  Kedudukannya ialah di Laut China Selatan iaitu kira-kira 56KM diluar pesisir pantai Pahang. Pengunjung yang ingin ke Pulau Tioman boleh menaiki bot dari Tanjumg Gemok di Pahang atau menaiki feri di Jeti Mersing, Johor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1.5 jam. Pengunjung juga boleh menaiki kapal terbang dengan penerbangan Berjaya Air yang beroperasi setiap hari dari Kuala Lumpur dan Singapura.


Pantai menarik di Pulau Tioman




Keistimewaan Pulau Tioman selain dari kisah sejarah dan lagendanya ialah laut yang nenpunyai berbagai karang dan hidupan laut yang cantik. Malah di Pulau Tioman sendiri terdapat banyak pantai menarik yang berpasir halus serta air laut yang jernih kehijauan hingga menampakkan dasar laut yang cetek. Kecantikan inilah yang memukau pengunjung yang datang dari dalam mahupun luar negara. Antara pantai menarik yang ada di Pulau Tioman ialah:

  • Pantai Tekek
  • Pantai Salang
  • Pantai Paya
  • Pantai Genting
  • Pantai Ayer Batang
  • Pantai Mukut
  • Pantai Nipah
  • Pantai Juara
  • Pantai Sri Intan
  • Pantai Monkey Bay
  • Pantai Monkey Beach 

Aktiviti Percutian di Pulau Tioman

Kebanyakkan pengunjung yang datang bercuti di pulau Tioman ialah kerana ingin menikmati keindahan pantai dan lautnya yang jernih kehijauan. Selain dari berehat di hotel atau resort yang menarik, pengunjung boleh melakukan berbagai aktiviti percutian di Pulau Tioman seperti:


  • Mandi laut
  • Snorkeling- melihat coral dan hidupan laut yang berwarna-warni
  • Scuba Driving- menyelam di laut sekitar Pulau Tioman da melihat pemandangan dasar laut yang sangat cantik
  • Jungle Trekking- melihat flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan yang masih belum tercemar.
  • Hiking





Comments

Popular posts from this blog

PULAU SIBU, JOHOR

PULAU REDANG, TERENGGANU