PULAU REDANG, TERENGGANU

Pulau Redang terkenal sebagai salah sebuah tempat pelancongan menarik di Malaysia. Air lautnya yang jernih, pasir pantai yang putih bersih dan berbagai jenis spesies hidupan laut yang boleh dilihat tidak jauh dari pesisiran pantai menjadi tarikan pelancong untuk bercuti di Pulau Redang.



Lokasi Pulau Redang

Pulau Redang merupakan sebuah pulau pelancongan menarik yang terletak di negeri Terengganu. Lokaisnya ialah di Laut China Selatan berhampiran daerah Setiu, lebih kurang 45 KM ke utara-timur laut di luar pantai Kuala Terengganu. Pelancong yang ingin bercuti di Pulau Redang boleh ke sana dengan beberapa cara iaitu:

  • Menaiki bot dari jeti Kampung Penarik di Merang, Setiu, Terengganu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai ke Pulau Redang.
  • Menaiki bot dari jeti Shahbandar di Kuala Terengganu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 minitu untuk sampai ke Pulau Redang.
  • Menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Subang, Kuala Lumpur atau Singapura terus ke Pulau Redang.




Taman Laut Pulau Redang


  • Pulau Redang - Pulau terbesar yang menempatkan resort-resort untuk pelancong. Di pulau ini juga terdapat perkampungan nelayan yang terdiri dari lebih 200 keluarga.
  • Pulau Pinang - Pulau kedua terbesar. Di pulau ini terletaknya Pusat Taman Laut yang diuruskan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia. Pulau Pinang ilah lokasi menarik untuk snorkeling dan scuba driving.
  • Pulau Ling - Terletak agak jauh dari Pulau Redang iaitu berhampiran Pulau Pinang. Pulau Ling ialah lokasi menarik untuk snorkeling dan scuba driving.
  • Pulau Kerengga Besar - Terletak di pesisiran pantai Teluk Kalong Besar. Pulau Kerengga Besar ialah lokasi menaeik untuk scuba driving dan snorkeling.
  • Pulau Kerengga Kecil - Terletak di pesisiran pantai Teluk Kalong Besar.
  • Pulau Lima - Terletak di pesisiran pantai Pasir Panjang. Pulau Lima ialah lokasi menarik untuk scuba driving.




Aktiviti menarik di Pulau Redang

Percutian ke Pulau Redang tidak akan sempurna jika tidak melakukan aktiviti menarik yang disediakan untuk pelancong yang berkunjung ke pulau ini. Terdapat beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Redang seperti:

  • Snorkeling - Aktiviti utama yang paling menarik untuk dilakukan jika bercuti di Pulau Redang. Terdapat beberapa tempat menarik untuk snorkeling seperti Taman Laut Pulau Redang di Pulau Pinang dan juga beberapa tempat lain di sekitar Pulau Redang.
  • Mandi laut
  • Bermain bola tampar pantai
  • Jungle Trekking 
  • Melihat matahari terbit
  • Scuba driving
  • Berkayak
  • Memancing - Pengunjung perlu mengambil pakej memancing di luar Pantai Pulau Redang kerana memancing di sekitar Pulau Redang adalah tida dibenarkan

Comments

Popular posts from this blog

PULAU SIBU, JOHOR

PULAU TIOMAN, PAHANG