PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU



Pulau Perhentian ialah satu destinasi percutian yang popular di Malaysia. Pulau ini terletak di Laut China Selatan kira-kira 21 KM dari Pekan Kuala Besut, Terengganu. Pulau Perhentian in terkenal kerana kecantikan alam semula jadinya seperti pantai berpasir yang putih bersih, air laut juga jernih dan sekitarnya kaya dengan coral menarik, berbagai jenis ikan dan hidupan laut yang sangat cantik serta hutan yang masih belum tercemar.




Pulau Perhentian ini terbentuk daripada dua pulau utama iaitu:


  1. Pulau Perhentian Besar
  2. Pulau Perhentian Kecil



PULAU PERHENTIAN BESAR

Pulau Perhentian Besar ialah lokasi utama percutian di sini. Terdapat banyak resort menarik yang menawarkan berbagai jenis pakej untuk pelancong terutama pakej snorkeling dan scuba driving yang  merupakan aktiviti yang digemari ramai. Jika anda sekadar ingin berehat dan menikmati keindahan di Pulau Perhentian, anda tidak perlu risau. Hampir semua resort terletak di kawasan pantai menarik yang ada di pulau ini. Jika anda ingin bersiar-siar disekitar pulau, ada jalan-jalan kecil yang menghubungkan beberapa resort yang berdekatan. Untuk melihat keindahan pulau, lebih mudah jika menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan oleh operator pelancongan. 




PULAU PERHENTIAN KECIL

Pulau Perhentian Kecil juga merupakan sebuah pulau peranginan yang cantik dan menarik. Beberapa pantai yang menarik dan lokasi snorkeling terdapat disini. Pulau ini mempunyai banyak resort dan chalet yang menawarkan harga penginapan yang yang lebih murah berbanding Pulau Perhentian Besar. Oleh itu, ia lebih terkenal dikalangan pelancong dan lebih sesuai untuk lokasi percutian bajet.

Tiada jalinan jalanraya melainkan hanya jalan kecil yang merentas hutan di pulau ini. Jadi untuk ke mana-mana, pengunjung boleh melalui jalan hutan atau menyewa bot dari operator pelancongan yang ada. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk ke Pulau Perhentian Besar bagi melihat tempat-tempat menarik.




PENGANGKUTAN 

Bagaimana caranya untuk ke Pulau Perhentian? Destinasi anda adalah Kualau Besut dimana feri ke Pulau Perhentian disediakan. Jika anda menggunkan pengankutan awam, anda boleh menaiki bas terus ke sana. 

  1. Jika tiada perkhidmatan bas terus ke Kuala Besut dari tempat anda, anda boleh samada ke Kuala Terengganu atau Kota Bharu - Bergantung pada lokasi terhampir dengan anda.
  2. Mengambil teksi untuk ke Kuala Besut.
  3. Menaiki feri ke Pulau Perhentian Besar atau Pulau Perhentian Kecil. Perjalanan lebih kurang sejam untuk sampai ke destinasi.
  4. Di Pulau Perhentian Besar, anda boleh menaiki bot untuk ke resort penginapan pilihan anda atau berjalan kaki melalui jalan hutan untuk ke resort tersebut.
Nota peringatan: Feri ke Pulau Perhentian tidak sebesar feri Pulau Langkawi. Biasanya ia cuma boleh memuatkan lebih kurang 20 orang penumpang sahaja. Bot akan berayun dan melambung apabila merempuh ombak besar. Penumpang dinasihatkan agar makan ubat mabuk laut sebelum perjalan menaiki feri. Wanita mengandung juga tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh membahayakan kandungan.


Aktiviti di Pulau Perhentian

Tarikan utama pelancong ke Pulau Perhentian ialah untuk berehat di pulau cantik yang sunyi dan tenteram serta melakukan aktiviti snorkeling menikmati keindahan kehiduoan laut disekitar pulau ini. Selain itu, terdapat beberapa aktiviti lain yang menarik yang boleh dilakukan di Pulau Perhentian seperti:

  • Mandi laut di pantai berpasir yang jernih airnya.
  • Island cruises - Menyewa bot untuk meneroka kawasan teluk dan melihat tempat menarik di sekitar pulau.
  • Windsurfing
  • Sailing
  • Berkayak
  • Memancing
  • Berkhemah
  • Jungle Trekking
Bagi sesetengah aktiviti, pengungjung dinasihatkan membawa penghalau serangga dan air minuman yang banyak.


Comments

Popular posts from this blog

PULAU SIBU, JOHOR

PULAU TIOMAN, PAHANG

PULAU REDANG, TERENGGANU