PULAU KAPAS, TERENGGANU

Okay , Malaysia memang banyak pulau-pulau yang cantik dan terkenal sampai dapat tarik pelancong untuk datang ke negara kita. Kalau korang belum pernah merasai percutian pulau, korang perlu cuba sebab kosnya agak murah dan tak perlu nak pergi jauh-jauh sampai luar negara.

So, tempat pertama yang saya nak kongsikan ialah PULAU KAPAS, TERENGGANU



PULAU KAPAS, TERENGGANU

Pulau Kapas, Terengganu merupakan pulau di Malaysia yang sangat cantik dan dah lama terkenal sebab ada pantai yang sangat cantik. Mesti korang akan terpaku bila tengok permandangan pantai tu. Pasir tu berwarna putih macam kapas, air laut tu pula jernih sangat-sangat sampaikan kita boleh nampak "hidupan laut" yang comel-comel 😝. Pulau kapas adalah percutian yang sempurna bagi siapa-siapa yang nak keluar kesibukan atau kesesakan kotaraya. Keindahan dan kedamaian di sana pasti memberi ketenangan kepada para pengunjung. Antara yang menarik di Pulau Kapas ialah:


  • Hujan tropika yang belum tercemar sesuai untuk aktiviti jungle trekking sambil melihat berbagai flora dan fauna yang ada.
  • Air laut yang jernih yang laut yang kaya dengan coral dan kehidupan laut yang sangat cantik dan sangat sesuai untuk snorkeling dan scuba driving.
  • berbagai aktiviti menarik boleh dilakukan seperti aktiviti sukan pantai, berkayak di laut dan memancing.

LOKASI PULAU KAPAS

Pulau kapas terletak di negeri Terengganu. Pulau Kapas ni adalah sebuah pulau yang paling hampir dengan tanah besar Terengganu. Lokasi Pulau Kapas terletak  di perairan Laut China Selatan dan termasuk dalam daerah Marang, kira-kira 18 KM dari Kuala Terengganu. Jarak Pulau Kapas dari jeti Marang adalah lebih kurang 6 KM sahaja.


PENGANGKUTAN KE PULAU KAPAS

Pelancong yang nak pergi ke Pulau Kapas  boleh naik bot di Jeti Marang. Biasanya pengangkutan bot dari jeti Marang ke resort di Pulau Kapas termasuk dalam pakej percutian. Walau bagaimanapun, ade agensi yang menawarkan 'Day Trip' bagi pelancong yang tidak mengambil pakej percutian atau tidak ingin bermalam di Pulau Kapas. Asasnya, pengangkutan ke Pulau Kapas ialah:

  • Mengambil penerbangan ke lapangan terbang Kuala Terengganu atau
  • Memandu kenderaan sendiri ke Marang. Untuk percutian bajet anda boleh,
  • Mengambil pengangkutan awam seperti bas ekspress ke Kuala Terengganu
  • Mengambil teksi dari lapangan terbang atau stesen bas ke Jeti Marang ( lebih kurang Rm30.00)
  • Perjalanan menaiki bot dari Jeti Marang ke Pulau Kapas mengambil masa kira-kira 20 minit. Harga tiket ialah RM25 untuk pergi-balik.



Comments

Popular posts from this blog

PULAU SIBU, JOHOR

PULAU TIOMAN, PAHANG

PULAU REDANG, TERENGGANU