PULAU SIBU, JOHOR

Pulau Sibu, Johor adalah sebuah pulau destinasi pecutian terkenal di Malaysia. Ia adalah pulau yang cantik dan mempunyai coral dan kehidupan laut yang sangat menarik. Pulau Sibu telah diwartakan sebagai sebuah Taman Laut pada tahun 1993. 




Lokasi Pulau Sibu 

Pulau Sibu terletak di pantai timur semenanjung Malaysia iaitu di negeri Johor. Lokasinya ialah di Laut China Selatan lebih kurang 12 KM dari tanah besar Johor. Ia termasuk dalam daerah Mersing. Pulau Sibu terdiri dari deretan pulau iaitu:

  1. Pulau Sibu Besar - Pulau utama berukuran lebih kurang 6 KM panjang dan 1 KM lebar. Ditumbuhi pohon-pohon tropika. Terdapat sebuah perkampungan nelayan iaitu Kampong Duku.
  2. Pulau Sibu Tengah - Pulau kedua besar yang terletak di sebelah Pulau Sibu Besar.
  3. Pulau Sibu Kukus - Pulau kecil yang terletak di sebelah Pulau Sibu Tengah.
  4. Pulau Sibu Hujung - Pulau kecil yang terletak paling hujung iaitu disebelah Pulau Subu Kukus



Pengangkutan 

Pengunjung yang ingin ke Pulau Sibu perlu menaiki bot dari Jeti Tanjong Leman yang teletak 72 KM di selatan Mersing dan lebih kurang 120 KM di utara Johor Bharu.Tiada pengangkutan awam ke Jeti Tanjong Leman disediaka, jadi pelancong perlu membaawa kenderaan sendiri atau mengambil teksi samada dari Mersing, Johor Bharu atau Kota Tinggi. Pengangkutan ke Pulau Sibu pula akan diuruskan oleh resort dan ia biasanya termasuk dalam pakej percutian yang disediakan. Perjalan dengan bot ke Pulau Sibu mengambil mas lebih kurang 30 minit.



Aktiviti menarik di Pulau Sibu

Selain bercuti merehatkan diri dan menikmati pemandangan indah di Pulau Sibu, pengunjung boleh melakukan aktiviti menarik untuk memenuhi masa percutian mereka. Aktivit menarik yang utama ialah sukan air atau water sport seperti snorkeling dan scuba driving. Terdapat juga aktiviti lain yang disediakan untuk pengunjung. Berikut iala senarai aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Sibu, Johor.

  1. Mandi Laut
  2. Memancing
  3. Snorkeling
  4. Scuba Driving
  5. Jet ski
  6. Junggle trekking
  7. Island Hopping
  8. Bola tampar pantai
  9. Futsal pantai
  10. Mandi kolam
  11. Mengurut badan di Spa


Comments

Popular posts from this blog

PULAU TIOMAN, PAHANG

PULAU REDANG, TERENGGANU