PULAU SIBU, JOHOR

Pulau Sibu, Johor adalah sebuah pulau destinasi pecutian terkenal di Malaysia. Ia adalah pulau yang cantik dan mempunyai coral dan kehidupan laut yang sangat menarik. Pulau Sibu telah diwartakan sebagai sebuah Taman Laut pada tahun 1993. Lokasi Pulau Sibu Pulau Sibu terletak di pantai timur semenanjung Malaysia iaitu di negeri Johor. Lokasinya ialah di Laut China Selatan lebih kurang 12 KM dari tanah besar Johor. Ia termasuk dalam daerah Mersing. Pulau Sibu terdiri dari deretan pulau iaitu: Pulau Sibu Besar - Pulau utama berukuran lebih kurang 6 KM panjang dan 1 KM lebar. Ditumbuhi pohon-pohon tropika. Terdapat sebuah perkampungan nelayan iaitu Kampong Duku. Pulau Sibu Tengah - Pulau kedua besar yang terletak di sebelah Pulau Sibu Besar. Pulau Sibu Kukus - Pulau kecil yang terletak di sebelah Pulau Sibu Tengah. Pulau Sibu Hujung - Pulau kecil yang terletak paling hujung iaitu disebelah Pulau Subu Kukus Pengangkutan Pengunj...