Posts

Intro~

Assalamualaikum korang mesti minat melancong kan. Terutama sekali tempat-tempat macam pulau-pulau kan. So, kat blog ni ade sikit information atau cadangan untuk sesiapa yang bercadang nak pergi bercuti tapi tak tahu nak pergi mana.  So, teruskan baca blog ni okay~.... 

PULAU SIBU, JOHOR

Image
Pulau Sibu, Johor adalah sebuah pulau destinasi pecutian terkenal di Malaysia. Ia adalah pulau yang cantik dan mempunyai coral dan kehidupan laut yang sangat menarik. Pulau Sibu telah diwartakan sebagai sebuah Taman Laut pada tahun 1993.  Lokasi Pulau Sibu  Pulau Sibu terletak di pantai timur semenanjung Malaysia iaitu di negeri Johor. Lokasinya ialah di Laut China Selatan lebih kurang 12 KM dari tanah besar Johor. Ia termasuk dalam daerah Mersing. Pulau Sibu terdiri dari deretan pulau iaitu: Pulau Sibu Besar - Pulau utama berukuran lebih kurang 6 KM panjang dan 1 KM lebar. Ditumbuhi pohon-pohon tropika. Terdapat sebuah perkampungan nelayan iaitu Kampong Duku. Pulau Sibu Tengah - Pulau kedua besar yang terletak di sebelah Pulau Sibu Besar. Pulau Sibu Kukus - Pulau kecil yang terletak di sebelah Pulau Sibu Tengah. Pulau Sibu Hujung - Pulau kecil yang terletak paling hujung iaitu disebelah Pulau Subu Kukus Pengangkutan  Pengunjung yang ingin

PULAU REDANG, TERENGGANU

Image
Pulau Redang terkenal sebagai salah sebuah tempat pelancongan menarik di Malaysia. Air lautnya yang jernih, pasir pantai yang putih bersih dan berbagai jenis spesies hidupan laut yang boleh dilihat tidak jauh dari pesisiran pantai menjadi tarikan pelancong untuk bercuti di Pulau Redang. Lokasi Pulau Redang Pulau Redang merupakan sebuah pulau pelancongan menarik yang terletak di negeri Terengganu. Lokaisnya ialah di Laut China Selatan berhampiran daerah Setiu, lebih kurang 45 KM ke utara-timur laut di luar pantai Kuala Terengganu. Pelancong yang ingin bercuti di Pulau Redang boleh ke sana dengan beberapa cara iaitu: Menaiki bot dari jeti Kampung Penarik di Merang, Setiu, Terengganu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai ke Pulau Redang. Menaiki bot dari jeti Shahbandar di Kuala Terengganu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 minitu untuk sampai ke Pulau Redang. Menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Subang, Kuala Lumpur atau Sing

PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU

Image
Pulau Perhentian ialah satu destinasi percutian yang popular di Malaysia. Pulau ini terletak di Laut China Selatan kira-kira 21 KM dari Pekan Kuala Besut, Terengganu. Pulau Perhentian in terkenal kerana kecantikan alam semula jadinya seperti pantai berpasir yang putih bersih, air laut juga jernih dan sekitarnya kaya dengan coral menarik, berbagai jenis ikan dan hidupan laut yang sangat cantik serta hutan yang masih belum tercemar. Pulau Perhentian ini terbentuk daripada dua pulau utama iaitu: Pulau Perhentian Besar Pulau Perhentian Kecil PULAU PERHENTIAN BESAR Pulau Perhentian Besar ialah lokasi utama percutian di sini. Terdapat banyak resort menarik yang menawarkan berbagai jenis pakej untuk pelancong terutama pakej snorkeling dan scuba driving yang  merupakan aktiviti yang digemari ramai. Jika anda sekadar ingin berehat dan menikmati keindahan di Pulau Perhentian, anda tidak perlu risau. Hampir semua resort terletak di kawasan pantai menarik yang ada di p

PULAU TIOMAN, PAHANG

Image
PULAU TIOMAN, PAHANG Lokasi Pulau Tioman, Pahang  Pulau Tioman ni adalah salah satu pulau yang menarik yang terletak di negeri Pahang. Pulau yang telah lama terkenal dan menjadi lokasi pecutian pelancong dari luar negara. Pulau Tioman terletak diantara sempadan negeri Pahang dan negeri Johor.  Kedudukannya ialah di Laut China Selatan iaitu kira-kira 56KM diluar pesisir pantai Pahang. Pengunjung yang ingin ke Pulau Tioman boleh menaiki bot dari Tanjumg Gemok di Pahang atau menaiki feri di Jeti Mersing, Johor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1.5 jam. Pengunjung juga boleh menaiki kapal terbang dengan penerbangan Berjaya Air yang beroperasi setiap hari dari Kuala Lumpur dan Singapura. Pantai menarik di Pulau Tioman Keistimewaan Pulau Tioman selain dari kisah sejarah dan lagendanya ialah laut yang nenpunyai berbagai karang dan hidupan laut yang cantik. Malah di Pulau Tioman sendiri terdapat banyak pantai menarik yang berpasir halus serta air laut yang jernih keh

PULAU KAPAS, TERENGGANU

Image
Okay , Malaysia memang banyak pulau-pulau yang cantik dan terkenal sampai dapat tarik pelancong untuk datang ke negara kita. Kalau korang belum pernah merasai percutian pulau, korang perlu cuba sebab kosnya agak murah dan tak perlu nak pergi jauh-jauh sampai luar negara. So, tempat pertama yang saya nak kongsikan ialah PULAU KAPAS, TERENGGANU PULAU KAPAS, TERENGGANU Pulau Kapas, Terengganu merupakan pulau di Malaysia yang sangat cantik dan dah lama terkenal sebab ada pantai yang sangat cantik. Mesti korang akan terpaku bila tengok permandangan pantai tu. Pasir tu berwarna putih macam kapas, air laut tu pula jernih sangat-sangat sampaikan kita boleh nampak "hidupan laut" yang comel-comel 😝. Pulau kapas adalah percutian yang sempurna bagi siapa-siapa yang nak keluar kesibukan atau kesesakan kotaraya. Keindahan dan kedamaian di sana pasti memberi ketenangan kepada para pengunjung. Antara yang menarik di Pulau Kapas ialah: Hujan tropika yang belum tercemar sesua